60 T(s)TD

Saturday, August 22, 2009

Dari Saya

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa untuk awak, dia, kamu, mereka.

Maaf Zahir Batin.

Selamat Beramal~

Thursday, August 20, 2009

Tak Sudah-Sudah

Macam mane nak sudah bile semua benda nak cerita semula.
Bila nak sudah bila benda kecik pun nak dibesar-besarkan.
Susah sangat ke? Penat? Bosan?
Makin tak paham<_> Tak sudah-sudah...

Wednesday, August 19, 2009

Dikelilingi Mereka



Perkataan yang sesuai bagi gambaran keadaan aku sekarang..HAPPY. Bila dah cuti kita harus n mesti tak ingat langsung kat tempat menelaah tapi ingat test yang berlambak2 lepas naik cuti tsk tsk. Berkat dah seminggu kat umah baru petang semalam berkesempatan jumpa kupu2 eh bukan sepupu kesayangan ok– adeq n nor. Tak plan pun nak keluar melepak*sila jangan lakukan aktiviti ini tanpa izin mak ayah..;-) Kebetulan baca status fb adeq yang macam bosan tak pun sebenarnya aku je yang rasa camtu huhu terus komen ajak keluar. Tunggu punya tunggu sampai terlentok kat hall lepas pun hajat nak keluar melepak. Arah tujuan ke JJ tapau bekalan sebab sebelum nak ke tempat lepak bekalan untuk masa depan kenalah bawak kalau tak tiada maknenya huhu n after that ke City Park S2. Bile dah dapat port yang baik punye*siap tunjuk thumbs up ke depan*bekalan yang dah dibawa takkan nak tengok pulak je aite? Paham ok? Seronok amat jumpe dorang dapat borak2, buat luahan perasaan, klik sana klik sini n yang penting makan pun dapat huhu. Untung aku ade sepupu macam korang yang memang sekepala sayang korang!

Saturday, August 15, 2009

Makin Hampir!

Pejam celik pejam tak payah celik2 *boleh ke bukan tu dah lain cerita ke? ;) dah nak masuk bulan Ramadhan al-mubarak. Again next weekend episod setahun sekali akan bermula. Lepas ni rutin bangun sahur dan berbuka dengan member-member-as, nani, linda, finas, sally, dayah, saros, tikah di kolej baru yang dekat giler dengan bazar ramadhan akan dipratikkan fuh~.

Tadi keluar jalan-jalan dengan orang tersayang macam tak percaya baju2 raya dah terjual dengan banyaknya sampai terasa macam nak raya pulak padahal puasa pun belum mula lagik ish ish. Punya berkobar-kobar rakyat Malaysia sekarang. Tue belum termasuk lagik mereka yang sibuk menyiapkan tempahan kuih raya, ye kuih raya.Diberitahu semula disini aku keluar jalan-jalan je tadi bukan shopping so dari jauh aku tengok tak sempat pun nak close-up n belek2 baju-baju yang lawa tadi selain terpaksa menahan rasa ghairah membeli tsk tsk T_T. Aku terfikir jugak bila nak shopping raya sebab balik cuti raya pun nanti dah nak dekat raya. Boleh sabar tak b?..ok2

Dalam gembira2 cuti nie still ada benda yang tak best aku kena buat bila kena menghadap buku menimba ilmu untuk test lepas naik cuti yang bukan sikit tapi ada 5 test kesemuanya'<_>. Kononnye aku tak nak study last minute bila balik BP nanti aku sorang je umat yang tak tahu ape2 tapi semuanya bergantung kepada terma dan syarat. Mula dengan paper C++ lepas tu paper susah, susah, susah dan susah mana senangnye? Tak ada ok? Nak senang buat toyol lepas tu kantoi ko tanggung sendiri. Mahu? Study b jangan tak study. Ok aku redha.

Wednesday, August 12, 2009

Please Take Note

OMG! Aku di rumah menikmati cuti selama 2 minggu bermula dari hari ni ^_^. Percaye ok? Finally tempat menalaah berikan cuti to all students untuk balik. Bukan kejap wei lame tue 2 minggu huhu. Teruja.=)))

Sunday, August 9, 2009

NotnoT

Semalam selepas plan nak kua jadi so aku pun keluar dengan 2 org lagi tonton wayang. Filem yang jadi pilihan SETEM sebab ada yang cakap filem ni kelakar tak ingat n most important KAMI telah menyokong filem Malaysia sebenarnya. Masih tak nampakkah anda;)?(tanya dengan penuh bangga)
Hari ni aktiviti menonton still diteruskan tapi hanya mengadap dari skrin laptop 15" di bilik kolej kediaman tidak kemana-mana.

Pendek kata kerjanya hari ni hanya tonton, tonton dan tonton.=)

Saturday, August 8, 2009

Pagi Yang Menyakitkan Hati

Today is Saturday @ Sabtu so semua serba maklum yang sabtu hari cuti aite. Kalau dah name student macam aku sabtu senang cite weekend adalah hari yang dinanti-nantikan. Dari semalam dah plan nak bangun lambat sikit (sikit je ok) then menikmati pagi dengan hati yang ceria dan berbunga.
So pagi tadi after subuh aku tak ambil tempat atas katil semula sebab orang tersayang ade pesan jangan tido lepas solat subuh tak baik pintu rezeki tak masuk, aku pun terus on laptop cucuk broadband n bace newspaper (lagak seperti orang tue bezanya bace thru internet huhu).
Dah puas bace bout 08.30 mate dah tak boleh dibendung lagi terus terlelap dengan laptop yang bacekan untuk aku haha. Ingatkan bolehlah tido dengan lena tapi tetibe je dayah kawan yang duduk bilik depan datang n bagitahu yang air yang tersumbat dari toilet dah masuk dalam bilik wtf!!! Sengal senget bongok biol betul r! Pagi2 dah kena time benda2 macam nie.
Aku n roomate yang tinggal - linda n finas pun terus kemas n bersihkan bilik dari air kotor yang masuk tanpa izin dan undangan dari KAMI. Dengan hati yang membara aku tolong settlekan air dalam bilik air yang tersumbat dengan jolok lubang mengharapkan air mengalir lancar dan air tersumbat tak terus tinggi melebihi pintu.
Penat berpeluh n berhempas pulas dengan bau yang teramat wangi akhirnye masalah tersumbat masih tak berjaye dikawal tsk tsk tsk. Air still masuk dalam bilik walaupun dah tak banyak. Kesian KAMI.
Tetiba dapat panggilan dari kawan yang ajak tengok wayang dan menhabiskan sabtu di luar huhu. Suke ok? Hati yang membara marah lepas dikejutkan dengan masalah air yang masuk ke bilik terus lenyap lepas plan nak tengok wayang menjadi.

To be continued..

Thursday, August 6, 2009

Risau Campur Takut

Seorang lagi kanak-kanak, berusia 6 tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.(petikan dari status fb anas bukan name sebenar huhu)

Jumlah kematian keseluruhan setakat ini dah 12 org. Percaye ok? Kejadian yang terbaru kat BP for sure bukan aku sorang je yang gelabah tak tentu arah kat sini. Satu benda yang memang aku tak paham dan korang pun tak akan paham kenape tempat aku menelaah ni tak amek cuti awal macam tempat2 menelaah yang lain. Harapan je aku ngan member2 nak balik cuti seminggu awal selain mengharapkan test di postponed selepas cuti tsk tsk. Makin lame kat sini makin ten-si-on kepala otak fikir macam2.

Tengahari selasa hari tu aku sempat temankan 2 org kawan ke Pusat Kesihatan U** (PKU) for medical check sebab dorang selsema n batuk2. Niat lain nak try minta mask tuk dipakai. Dah sampai sane sebelum masuk 2 org kawan ni kena cek suhu baru boleh masuk dlm n jmpe doc. Saros pn try minta mask kat makcik nurse yang kat luar tapi tak berjaye bile makcik tue bersuare yang mask untuk mereka yang perlukan rawatan di PKU saje wtf.

Bile kerisauan ditahap maksimas melampau-lampau so aku n member2 decide beli mask guna duit poket sendiri walaupun sebenarnye dalam hati mengharapkan pihak tempat kami menelaah agihkan mask free of charge. Dalam mimpi je. Hari yang dinanti-nanti...pagi tadi member2 aku semua bersemangat waja dari kolej ke kampus pakai mask yang telah dibeli. Seperti biase turun tangga rumah nak ke bas blok lelaki depan blok KAMI akan bersuare dan mengeluarkan bunyi2 macam tak pernah tengok perempuan bile tengok KAMI pakai mask. 'Ultraman taro', 'fuyooo'...korang berani kate macam2 dari jauh tu pun ramai2 cube sorang berani ke? Sengal!

Sampai kampus KAMI jadi perhatian sekali lagi tapi semua tu bukan penghalang, ape ade hal. Rupa masing2 yang nampak mate je mengalahkan purdah dah macam student engineering tukar course medic huhuhu. Teruja. Memang lemas dan sesak nafas pakai mask nak2 bile kena pakai lame n sepanjang ade kat kampus tapi dari kena wabak tu baik berhati-hati. Betulkan?

p/s-naz,cha korang perintis kaum lelaki yang terawal pakai mask. cayalah~

Senyuman disebalik topeng RM0.80


Sempat bergambar.

Lagak student medic.

Sehari suntuk dengan mask.