Rabu malam aku, mak & Asu follow family along pergi layan wayang pacak kat Bangi sebab ade Karnival Keluarga Petronas *kalau tak silap*. Filem yang akan ditayangkan ialah Geng Pengembaraan Bermula Upin & Ipin huhu. Aku tak tengok filem nie mase keluar wayang hari tue so kire amek kesempatan nak tengok bile along ajak. Nak-nak free dan sume perbelanjaan ditanggung. Sape tak nak wei mesti aku nak!. Memang terasa diri nie macam budak-budak nak tengok filem tu. Pape ar, asalkan aku suke. Aku teruja, terhangat dan gembira tak terkata sengal!. Act, this is the 1st time aku tonton wayang secara percuma *percaya ok* yang hanya berbumbungkan langit, bintang dan bulan *_*. Tapi disebabkan hujan turun renyai-renyai mase kat highway lagi tsk tsk so takde bintang dan bulan kelihatan. Sampai je terus kami cari port baik punye. Bagi nak elakkan basah time tengok wayang along pun cilok payung besar yang kebetulan memang ade kat tepi padang beralaskan tikar yang dibawa. Majoriti malam tue adalah budak-budak dah name pun kata filem kategori U dan animasi 3D. Mak bapak budak pun ramai ok. Bile dah cun set up aku pun layan sampai tak sempat nak cakap pape.
Khamis petang pulak aku layan Transfomer 2 : Revenge of the Fallen dengan 2 orang abang. Harap maklum abang sendiri. Punya gile senang nak dapat tiket. Boleh tahan ramai juga orang termasuk kami yang datang tonton memeriahkan keadaan dan suasana huhu. Transformer is the best film abad nie. Cayo la cakap den! Best sangat dapat tengok Optimus Prime mati dan bernyawa semula. Gempak selebriti! huhu..
Jumaat. Berita kematian Michael Jackson sangat mengejutkan. Satu dunia meratapi. Aku still ingat lagu-lagu Jacko mase zaman kegemilangan beliau. Jike benar die meninggal dalam Islam, semoga roh beliau dicucuri rahmat..amin.
No comments:
Post a Comment