60 T(s)TD

Thursday, August 12, 2010

Biasa Yang Luar Biasa

Salam 2 Ramadhan.

Biasa je kalau saya menulis kerana tiada apa yang pelik melainkan bercerita dan merapu di sini tapi akan jadi luar biasa bila saya menulis entri untuk 3 hari berturut-turut. Sila suka ye kawan-kawan =). Bangga ok huhu.

Puasa pertama adalah cuti umum di Johor dan Melaka tapi tidak di N.S dan W.P, sila ambil tahu pada yang tak tahu termasuk saya yang juga baru tahu bila dicampakkan menelaah di BP. Maka bila dah cuti aktivitinya adalah melepak di rumah dan menghabiskan waktu mengadap lappy yang mungkin kalau boleh bercakap mesti dah muak mengadap muka saya;) Oh tidak setengah hari cuti dihabiskan dengan discussion.

Tahun pertama menyambut ramdhan di sini jauh dengan famili memang terasa sebab semua benda susah nak di terima especially bab makanan. Bukan memilih atau tak bersyukur tapi mungkin perbezaan cara serta jenis makanan yang tidak menetapi selera. Alhamdullilah masuk tahun kedua dah boleh menerima dan memahami keadaan. Saya harus bersyukur dan selalu bersyukur.

Kini masuk tahun ketiga berpuasa di sini dah jadi satu kebiasaan dan seronok bila duduk menyewa membolehkan kami bertujuh(korg tahu siapa) memasak, merasa, menikmati, dan memuaskan hati masing-masing.

Tapi yang pasti sekarang saya merindui saat bersahur dan berbuka dengan keluarga. Oh dah mula sedih. Tidak. T_T








B.


4 comments:

|wawa| said...

best kn bile ngat sahur kt umah..urmmm
mome:tahniah sebab rajen hapdate..hehe

SnB said...

thanx wa..tu la kan..rindu=(
bile nak buka sama-sama?

Unknown said...

Saye dirumah..berbuka n bersahur dgn ibu..walaupon xpose..kurang sket excited nye kerana xpose..haaiihh

|wawa| said...

bila ada masa..t kta set tyme eyh.. :D