60 T(s)TD

Tuesday, August 10, 2010

Dulu Sini, Sekarang Sana

Lately ni banyak benda berlaku kat sekeliling. Malas nak ambil port sebenarnya tapi kena juga ambil peduli supaya tak rasa hidup sorang-sorang macam katak dalam tempurung. Paling yang takkan lupa sampai bila-bila sama macam kat PD dulu, duduk menyewa dan hidup luar kampus. Semester baru ni akan ada bulan puasa yang bakal bermula rabu ni*insyallah akan harungi ramadhan dengan penuh hikmahnya dan Hari Rayayeay yang bila setiap kali hujung ramadhan sibuk counting ramai-ramai dengan member huhu;) Siapa tak suka raya kan? kan? kan? Memang suka, over excited bila menulis pasal raya ahaks.

Sibuknya sem ni tak terkata walaupun kelas tak banyak pun bila kalau tunjuk timetable mesti korang tertanya kenapa banyak yang melopong timetable tu. Rajin-rajin malas (ayat BM terlebih power huhu)memang selalu kalau time nak pergi kelas tapi nak buat camne kena gagahkan juga. Final year for me such like a honeymoon year(aku je yang rasa camtu) sebab banyak benda boleh buat bila ada masa terlebih duduk lepak kat rumah menyiap kan PSM yang bagi student satu mimpi ngeri yang tak boleh dielakkan. PSM = wajib.

Semester ni juga bakal jadi sem yang akan jarang lah aku nak balik ke kampung halaman memandangkan kerja yang berlambak dan sibuk mengalahkan menteri. Pasrah. T_T Sempena nak menyambut bulan puasa ni, mohon maaf dan di ampunkan salah silap pada sesiapa yang mengenali atau membaca blog secara langsung atau tidak langsung. Moga ALLAH sentiasa memberkati hidup kita dan kamu. Amin.



Kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA.







B.

No comments: